Khatamun Nubuwwah (خَاتَمُ النُّبُوَّة): Tanda kenabian berupa daging timbul menyerupai telur burung merpati di antara dua belikat (belakang badan) Nabi Muhammad SAW.
Awan Menaungi Nabi: Semasa mengikut bapa saudaranya (Abu Talib) berdagang ke Syam, awan sentiasa menaungi Nabi daripada panas terik.
Penyaksian Pendeta Bahira: Pendeta Bahira di Syam mengenali tanda kenabian pada Nabi Muhammad SAW semasa baginda masih kecil.